Wednesday, July 6, 2011

Perkhemahan Keluarga









Dah lama tak bikin citer dlm blog ni. Last week aku layan wat perkhemahan keluarga. Tapi kt belakang umah jek.. hehehe.. Jadi laa.. janji bole have fun dgn deme. Overall syok juge.. layan pasang khemah.. masak kt luo.. wat unggun api.. tido dlm khemah.. esok layan piegi bekelah mandi sungei.. tangkap ikan.. pehhhh... habis hati anak2 aku.
Lagipun si along dh masuk asrama.. so sekali2 dia balik.. syok gak layan outdoor ni. Diorang tido 2 malam je.. tapi khemah tu aku bio situ sampai seminggu.. hehehe.. Yang lain tido dlm rumah.. along ngan angah je tido lam khemah. Malam tu tido lambat.. esok pagi ape lagi.. matahari dh tepacak baru abg2 tu bangun. si adik pon bukan main lagi berani nye.. merajuk2 nak tido dlm khemah.. nak bako ikan.. sib baik takder ape yang tak elok berlaku... alhamdulillah..
Tenkiu untuk family aku yang bahagia.

Friday, January 21, 2011

Kita telah diamanahkan untuk menjadi khalifah di bumi yang indah ini. Di negara ini kitalah yang paling rapat dengan sumber alam. Renunglah alam dan ambil iktibar darinya. Banyak pedoman, pengajaran dan iktibar boleh dicungkil.
Sambil bertugas meredah hutan menyusur sungai.. renunglah aliran air sungai itu yang sentiasa mengalir ke depan tanpa mampu berpatah kembali. Demikianlah masa kita... yang sentiasa berlalu tanpa mampu kita tahan apatah lagi berpatah balik. Maka ambillah iktibar untuk tidak mensia-siakan masa yang ada kerana ianya takkan tunduk menunggu kita.
Renungkanlah juga lebah-lebah yang hinggap di pepohonan... di bunga yang cantik, di pucuk yang segar, di putik yang ranum lalu menyebarkan debunga ke pepohonan lain sambil membawa madu pulang ke rumah. Ambillah iktibar untuk singgah di tempat yang baik-baik lalu menyebarkan semua kebaikan itu ke tempat lain pula dan hasil serta kemanisannya kita bawa pulang untuk keluarga kita.
Renungkan juga beluncas yang menimbulkan geli pada sesetengah orang, sering ditindas dan lemah tapi akhirnya mampu berubah sepenuhnya jauh dari keadaan asal... menjadi rerama yang amat cantik dan mampu terbang ke sana sini. Ambillah iktibar bahawa hanya kita yang mampu merubah diri kita. Jangan terlalu lemah mengenang kekurangan diri sehingga menganggap mustahil untuk mencapai kejayaan hebat di luar jangkauan pemikiran.
Renungkan pula cicak yang merayap di dahan pokok. Menangkap dan makan serangga yang berterbangan... sedangkan dia sendiri tidak mampu terbang, hanya mengharapkan kaki dan lidahnya saja. di sinilah kehebatannya sang cicak... tidak memperdulikan kekurangan diri tetapi menggunakan segala kelebihan yang ada dengan sebaiknya. Iktibarnya, berilah tumpuan pada kekuatan, kelebihan atau kemahiran yang kita miliki dan jangan jadikan kelemahan dan kekurangan kita sebagai penghalang mencapai sesuatu yang kita hajati.
Dongaklah seketika ke atas pepohonan itu.. renunglah buah-buahan yang ada. Meranti yang tinggi ada kepaknya, durian yang lazat ada durinya, langsat yang lembut ada getahnya. Semua itu adalah perisai diri. Maka begitu juga kita... perlu ada jatidiri dan kekuatan dalam menghadapi apa jua ujian dalam menempuh hidup.
Renungkan pula ikan di laut. Betapa hebatnya ikan menghadapi ujian dengan dipenuhi dan dikelilingi oleh air yang sangat masin namun dagingnya tetap manis, tawar tanpa rasa masin. Demikianlah iktibarnya untuk kita mengekalkan identiti diri, jatidiri, iman dan taqwa walau dimana sekalipun kita berada. Jangan disalahkan persekitaran, jangan mencari alasan dan jangan hanya menuding jari manyalahkan orang lain.
Akhir sekali pejamkanlah mata seketika sambil bayangkan itulah pemandangan terakhir dari mata kita. Maka bersyukurlah dengan segala nikmat yang ada, redha dengan segala ketentuan yang diberi, terus berusaha dan tawakal.

Monday, December 20, 2010

Familyku Have Fun di Lost World

Akhirnya sempat juge aku bawak family jenjalan have fun sesama. Dah banyak kali tangguh... banyak kali kensel.. kali ni aku tekad kena bawak juge diorang jenjalan walaupun sebeno nye aku x berapa sihat. Tetiba je balik dari kursus di kolompo haritu terus rasa nk demam. Sampai sekarang ni pun bibir ni rasa pecah2.. gusi rasa bengkak.. Sian kat puteri aku yg sampai mimpi2 nak pegi mandi kt Lost World. Walaupun dekat je tapi diorang punyer enjoy... pehhhh... cam xnak balik.. hiks.

Baby nisa pun enjoy.. x tahu takut... Tapi yg best nye.. Lost World dah banyak berubah.. x mcm masa mula2 aku dtg dulu. Hotspring pun dh banyak tarikan baru... siap ada SPA..sauna.. jacuzi lagi.. Tingin juge nk masuk tp badan x berapa sihat.. x berani lak. Game ala funfair pun dh banyak.. boat angsa kayuh pun dh ada.. mini zoo pun dh ada... pendek kata sesuai le utk bawak family. So... lepas le hajat aku nk bawak family jenjalan on cuti sekolah ni. Mula2 riso gak sbb ujung tahun ni aku memang sebok sikit.. my sexy mama pun sebok sbb baru pindah pejabat baru. Sib baik sempat juge luang masa... "i luv uol.. nanti kita jalan lagi..."

Thursday, December 9, 2010

Cuti Sekolah vs Musim Banjir



Musim cuti sekolah ni anak2 aku juz main sesame diorang je kt rumah. Last week bawak juge jenjalan ke kolompo, tu pun sambil ikut aku kursus etiket & protocol. Sian juge diorang tp musim2 hujan n banjir ni kemana nk aku bawak diorang. Last week sian lak aku nengok diorang mandi depan rumah… hikhikhik… tepaksa la aku plan bawak diorang ke Lost World next week… jadi le!! Sebut pasal banjir teringat lak kt kawasan lain yg terok kena banjir. Ni kt bawah aku ade jumpe beberapa gambo yg menunjukkan betapa beso nye banjir kt tempat lain. Sekurang2nya aku dan family patut bersyukur sebab masih selamat dari bencana alam tu.

Monday, July 5, 2010

Nabil Aiman Futsal under 12


Habis je kursus siasatan seminggu kt Taiping aku balik rumah dgn sikit rasa sedih sbb x sempat hantar anak2 hero aku pegi kelas Qiyamulail. Esoknye anak sulung aku call minta aku hantar dia dan kwn2 pegi join pertandingan liga futsal under 12 kt taman dpn sekolah. Dgn pantas aku capai keta sbb aku mmg tingin sgt nk urus team bola anak aku. Pengurusan liga tu kelam kabut skit sbb xde pengalaman kot.. so aku tolong le apa yg patut.. buat jadual game.. susun perlawanan selain bagi sokongan dn tunjuk ajar kt team anak aku. team diorang nama Osama Fc... hehehe.
Game pertama diorang menang 4-2. Anak aku score 2 gol. Tp game ke2 diorg jumpa geng power.. diorang kalah 5-2. hehehe... next game akan jumpe team belasahan yg dh kalah 6-0 tp team anak aku x sempat main coz sambung petang. Petang team anak aku tarik diri sbb semua kwn2 anak aku dh dijemput balik oleh family masing2. MMmmm xpe.. lain kali try lagi. denga citer bulan Ogos nnt diorang buat lagi liga futsal under 12 area chempor. Aku bangga dgn anak aku.

Monday, June 21, 2010

SELAMAT HARI BAPA... LonLenjer

SELAMAT HARI BAPA.. Harini 20 Jun 2010 semua org sambut Hari Bapa. So family aku pun cam biaser le… keluo ramai2 pegi kedai nk beli hadiah wat surprise. Aku kena tunggu kt rumah sorang2 jaga sweet nisa yang tengah tido. Along bagi hadiah jam pasir.. angah bekas letak pen.. kakak pemberat kertas.. adik bagi pen… tenQ anak2 ku. Pastu cam biaser le.. dh celebr8 kena la bawa makan beso sikit.. so aku bawa diorang pegi main bowling dulu. Layan riadah.. have fun.. pastu baru pi mkn kt restoren Laksamana Cheng Ho… best gak.. privacy n sedap. Sebelum tu sempat le solat maghrib bejemaah kt restoren tu. Timekasih pada family aku untuk luangan masa yang berharga tu. Planning lps mkn2 tu nk pegi window shoping nk beli hadiah besday sexy mama pd 21 Jun tp dh lewat so esok je la. Next week dh nk kena kursus 4 hari di Awana Golf resort… so aku ambik plunag ni le nk spend time together… I luv u all.

Thursday, June 17, 2010

Nabila Afrina No. 2 di Tadikarama

Harini 17 jun 2010 my sweet Nabila Afrina masuk pertandingan Tadikarama kt Bangunan Persekutuan Ipoh. Not bad laa.. dapat no.2 kategori tarian. Dia kena nari Jawa.. siap mekup2 lagii. Syok gak layan diorg bebudak ni have fun atas pentas. Sekali2 aku pon numpang enterprem gak.. ahaks. Hmmm.. malas nk citer panjang aaa… picture tells everything..!! so tengok je la gambo.









Sunday, June 6, 2010

HEPI BIRTHDAY SWEET NISA

5 Jun 2010 genap le 2 tahun usia puteri bongsu aku yang kiut miut tu. Mmmm… tapi sambutan kalini sekali lagi x dapat nak buat beriya. Kami juz kelua jenjalan ke JJ je sambil shoping sambil beli hadiah kt sweet Nisa tu. Yg bes nye.. mkn pon kat kedai mamak je.. Kedai Nasi kandar Pelita. Hehehe… Sebelum ni anivesari ke 13 pun x dpt nk celebr8 sbb Nabila masuk pertandinagn mewarna, Nabil Aiman lak join klinik UPSR.. kalini time besday sweet Nisa, sekali lagi nabil Aiman xde.. dia join Kem UPSR sekolah selama 4 hari 3 malam. Sedih gak... So kami xde le sambut sangat. Camner pon aku plan nak bawa diorang jenjalan tido hotel juge nanti.. nak ambik hati anak2.. aku cdg nk bawa ke Telok Batik next week, Tengok wayang citer Jackie Chan Karate Kid dan las sekali nak ambik hati sexy mama aku cadang jenjalan ke KL beli baju raya. Hehehehe… tp entah le.. tu plan je. Harap2 kali ni xde masalah le.
Last sekali… selamat harijadi ke 2 Sweet Nisa.

Wednesday, June 2, 2010

Selamat Ulangtahun Perkahwinan Ke 13


Pejam celik pejam celik dah 13 tahun teman melayari bahtera rumahtangga dengan isteri tercinta. Alhamdulillah... sehingga saat ini perasaan sayang dan cinta tu masih kuat bertakhta dalam hati. Cewahh.. Tapi sikit je kureng nye sambutan kali ni sebab kami tak berkesempatan nak celebrate or honeymoon ke mana2. Anak dara sunti teman ade masuk pertandingan mewarna dan anak teruna sulong lak ade klinik gempur UPSR. So xpe la.. demi anak2.. kitorang tunda dulu celebration.
So mahu x mahu petang tu teman bawa juge diorang jenjalan. Nak spend masa bersama. Kami pegi padang polo. Hikhikhik.. jadi le.. at least my family enjoy dan hepi sama2. Anak dara bongsu 1st time naik motor... abis hati. Anak teruna 2 org tu have fun main badminton n layan senaman. Anak dara sunti lak layan her sexy mama jogging. Mmmmm not bad.. teman seronok nengok diorang seronok. Lain kali bole bawak lagi layan senaman... hepi dapat.. sihat dapat..