Showing posts with label MISTERI ALAM. Show all posts
Showing posts with label MISTERI ALAM. Show all posts

Tuesday, April 20, 2010

RAHSIA 9-11 (Try sendiri)

Cuba buat n tgk...
1. Bukak Microsoft Word/ xcel korang.
2. Taipkan dalam huruf besar, Q33 NY .. ( Q33 NY ni adalah number pesawat yang melanggar WtC masa 9 sept tu..)
3. tukar saiz font tu kepada saiz 48.
4. Korang highlightkan Q33 NY tu kemudian tukar kepada font WINGDINGS.
Apa yang korang nampak? Allahuakbar .. sesungguhnye benda ni dah lama wujud tanpa sesiapa yang menjangkakannye ...
Kelihatan gambar sebuah Kapal Terbang melanggar WTC (menara berkembar tu) .. kemudian ade lambang tengkorak dan lambang yahudi ... dah cube dan mmg btol............. SUBHANALLAH.... Cubalah...kemudian pikir le sendiri.. ape sebenarnye berlaku pd 9 sept tu.

Thursday, February 4, 2010

Sungai Dalam Laut

Aku ader dapat 1 emel dari sedara.. mmm.. not bad juger citer nye.. Konon citernyer di Mexico.. laut ape entah.. lupa dh.. tp laut tu.. di dasar die ada sungai. Dan yg lebih menarik tu panorama sungai tu.. siap ade tebing dan aliran air.. ade pohon2.. macam sungai kt darat juge. Nak citer pun x pandai.. tp tengok je la gambo kt bawah ni. Siap ada penyelam dlm gambo tu.. Tima kasih kt Paksu Kamal sbb sudi kongsi kemisterian alam kite ni.

Monday, November 23, 2009

Misteri Alam: Kerusi Hidup

Ahaa.. sambil2 wat blog walking ke greenpeace tadi tejumpe satu foto ni. Sempoi gak untuk share dgn kenkawan. Kalau ada kt Perak ni.. sure aku beli satu. Memang aku minat sgt bab pokok-pokok sempoi ni. Leh wat kerusi lepak sambil pekena kopi tongkat ali petang2.


Yang kt bawah ni lak.. saje je publish kat korang. Bagi yg tengah study bab pokok.. ni la basic nye. Kenal2 dulu pastu baru jatuh cinta. cewahh..

Wednesday, November 18, 2009

MACAM2 GUNA LEMBU


Ni haa.. aku baru dapat 1 info. Kat india.. ada 1 lagi produk dari lembu. xde byk modal.. leh jadi jutawan segera ni. Rupanya bukan daging, susu dan kulit je yg boleh digunakan.. air kencing die pun diorang ambik. Yg lebih misteri nye tu.. air kencing lembu ni disuling.. dibotolkan.. dilabel dan dijual.. tapi aku x tahu lak diorang ni wat air utk minum ke atau wat ubat. Tak mustahil digunakan sebagai air minuman sbb kt singapore pun suling air kumbahan wat minum.. eeiiyee... So u all tengok le sendiri label kt botol tu.. jgn le beli.. kat malaysia ni byk lagi air lain nak minum.








Friday, November 13, 2009

ORANG MAKAN ORANG



cam biaser kalau xde ape kejer nk dibuat.. sebelum tido aku relax sambil surfing wat blog walking. Sekali tejumpe artikel ni.. uiyoo.. kanibal nii.. terus aku bancuh alicafe.. nak study. My wife dh telena kt depan tv. Mulanye nk temankan anak tido.. laslas dia pun leboh. mmmm xpe le tu.. aku nk citer kes makan orang ni bukan kes wife aku tetido.. hehehe..


Rupanyer.. gambo kt atas tu bukan la kes orang mkn orang yg sbenar. Ni ntah kt taiwan ke hongkong ke macau ke.. (diorang ni yg suke sgt mkn pelek2) aku pun x tahu.. agak2 je sbb dlm blog tu x citer lak dari negara mane. Chef tu sebenarnye buat KEK mcm anggota badan manusia. Dapat sambutan dan permintaan tinggi kata nyer. Perghhh.. haru betoi kaum akhir zaman ni. Kalau selera nk mkn org tu mmg ada dlm diri diorg.. rasa nyer x mustahil diorg sanggup mkn real nye kalau ada pluang kan kan kan.. adussss..!!!

Monday, November 9, 2009

Jgn renung MATA ular ni. PUKAU..!

SEBELUM APE2.. AKU WARNING SETSIAP.. DONT EVER RENUNG MATA ULAR NI.. DIA MCM PUKAU. JUZ NK TUNJUK ULO BESO YG DITANGKAP JE.

APASAL KORANG DEGIL.. TU LE PASAL..

Sunday, November 8, 2009

MISTERI ALAM: Haiwan Raksasa

Ni haa.. ade lg koleksi gambo haiwan2 yg beso bebeno. Korang munkin penah tengok.. tp aku terusterang mmg x pnh nampak binatang ni sebeso ni. Mulanya ingatkan diorg wat camera trick.. tp rasa nye.. betol kot.. so tengok le sendiri. Obor2.. ikan pari.. arnab n kucen.

Saturday, November 7, 2009

Batu Tergantung Sebenar

Mohon maap kenkawan. Aku penah dloadkan satu pic tentang batu tergantung yang konon nye ialah batu yg nk ikut nabi s.a.w masa isra' mikraj. Setelah puas dok cari dan dok sembang dlm forum blog lain laslas dpt tahu gambo yg aku ambik tu rupanya palsu. Gambo tu sebenonye berlaku di wilayah Ahsa di timur arab saudi bukannye di al aqsa.
konon nye batu tetiba je terangkat dari bumi. setelah diselidik batu tu sebenonye ada penyangga cm yg kita leh tengok dlm gambo kedua kt atas. Tapi penduduk kt ctu kata diorg yg letakkan penyangga tu supaya x timbul perkara kurafat. Entah le.. aku cuma nak betolkan kesilapan info aku dlm post bulan Oktober hari tu. Gambo batu sebenar yg berlaku masa isra' mikraj adalah seperti gambo di bawah. Yg ni betol.. diambil di al aqsa.

Friday, November 6, 2009

Kisah Cinta Dari China

Cerita ni bukan lagenda dulu kala.. dia punyer ending tahun 2006. Baru le tuu. Masa aku jumpe citer ni.. mulut aku baca.. tp hati dan mata aku tebayangkan aku dgn isteriku. Alhamdulillah.. kami bahagia. Semoga berkekalan.. amin..!! (Tapi kisah ni xde le kena mengena dgn idop kami terutama dari segi umo tu.. hiks)

Satu kisah cinta dari China dan terus menyentuh hati seisi dunia. Kisah ini adalah kisah seorang lelaki dan wanita yang melarikan diri untuk hidup bersama. Si Lelaki yg sekarang berusia 72 tahun telah memahat 6000 anak tangga dengan tangannya (hand carved) untuk isterinya yang berusia 82 tahun itu meninggal dunia di dalam gua yang selama 50 tahun terakhir menjadi tempat tinggalnya.
50 tahun yang lalu... jengjengjeng..
Liu Guojiang, pemuda 19 tahun, jatuh cinta pada seorang janda 29 tahun bernama Xu Chaoqin .... Seperti kisah Romeo dan Juliet karangan Shakespeare, tak kurang juge kisah P.ramlee dgn saadiah dlm penarik beca hehehe.
Masyarakat mencela hubungan mereka kerana perbezaan usia diantara mereka dan Xu sudah punya beberapa anak.... Pada waktu itu sukar diterima dan dianggap tidak bermoral seorang pemuda mencintai wanita yang lebih tua.....Untuk menghindari celaan dari masyarakat pasangan ini memutuskan untuk melarikan diri dan tinggal di sebuah gua di Desa Jiangjin, di selatan Chong Qing. Liu membuat sebuah lampu minyak tanah utk menerangi hidup mereka. Xu selalu merasa bahawa ia telah musnahkan hidup Liu dan dia berulang-kali bertanya,"Apakah kau menyesal?" Liu selalu menjawab, "Selama kita rajin, kehidupan ini akan menjadi lebih baik".
Setelah 2 tahun mereka tinggal di gunung itu, Liu mulai memahat anak-anak tangga agar isterinya dpt turun gunung dengan mudah. Dan ini berlaku terus selama 50 tahun. Setengah abad kemudian, di tahun 2001, beberapa pengembara melakukan explorasi ke hutan itu. Mereka terpinga-pinga apabila terjumpa pasangan usia lanjut itu dan juga 6000 anak tangga yang telah dibuat. Liu Ming Sheng (seorg dari 7 org anak mereka) mengatakan, "Orang tuaku sgt saling mengasihi, mereka hidup menyendiri selama lebih dari 50 tahun dan x pernah berpisah sehari pun. Selama itu ayah telah memahat 6000 anak tangga itu untuk menyukakan hati ibuku, walau pun ia x terlalu sering turun gunung. Pasangan ini hidup dalam damai selama lebih dari 50 tahun.. Suatu hari Liu yang sudah berusia 72 tahun pengsan ketika pulang dari ladangnya.. Xu duduk dan berdoa bersama suaminya sampai Liu akhirnya meninggal dalam pelukannya. Karena sangat mencintai isterinya, genggaman Liu sangat sukar dilepaskan dari tangan Xu, isterinya."Kau telah berjanji akan memeliharakanku dan akan terus bersamaku sampai aku meninggal, sekarang kau telah mendahuluiku, bagaimana aku dapat hidup tanpamu?" Selama beberapa hari Xu terus-menerus mengulangi kalimat ini sambil meraba peti jenazah suaminya dan dengan air mata yang membasahi pipinya.
Pada tahun 2006 kisah ini menjadi salah satu dari 10 kisah cinta yang terkenal di China, yang dikumpulkan oleh majalah Chinese Women Weekly. Pemerintah telah memutuskan untuk melestarikan "anak tangga cinta" itu, dan tempat kediaman mereka telah dijadikan muzium agar kisah cinta ini dapat hidup terus.

MISTERI ALAM: Polis Paling Misteri

Kisah ni berlaku di siam.. Thailand le tu.. tu pun aku agak2 je coz nengok pada uniform polis tu rasa nye polis siam le tu. Tapi kat mana misterinyer.. nampak biaser je. Uniform ok.. topi ok.. cota dia ke yg misteri?.. ish.. biase le cota panjang. Mmmm.. kalau nak tahu scroll je lagi kat bawah.. hehehe.. memang misteri..!!!



Hehehe.. kan aku dh ckp.. memang misteri polis sorang ni.. hiks. dan yg lebih memisterikan polis yg misteri ni.. dia x pakai undeware.. dia pakai pampers.. dan yang memisterikan pampers dia tu lak.. ngaper pampers dia tu ade warna kuning kuning.. eeeee.. memang misteri laa..


MISTERI ALAM: Kisah Paling Seram

Eeeeee... seram nyer... ni la kisah paling seram yang aku penah bace di internet.. hiks

Thursday, November 5, 2009

MISTERI ALAM: Kelawar gergasi


ni plak gambo kelawar sebenonye spesies keluang nii.. bukan batman tp kluangman.. hehehe. yang buat aku doload kt cni pasai size die tu.. beso bebeno. nengok pada mamat kt tepi dia tu cm kt asia tenggara ni je. munkin malaysia.. indon atau thailand le ni. yg penting.. keluang size tu mmg ada.. fuiyoo..

MISTERI ALAM: Ular Malaysia Pun Besar


Ni haa.. mak aii.. beso nye ulo. rase cm x caya bila baca rope nye ulo ni jumpe di Pahang. Uiyoo.. kalah anaconda woo.. mesti ade lg geng dia yg lebih beso. Sepanjang idop aku.. masuk kluo utan belom penah lg jumpe ulo sebeso ni.. EEEEee... x yah jumpe pun xpe la.

Sunday, October 18, 2009

MISTERI ALAM: Pokok Rukuk Di Australia


Ni citer lama. Pic ni pun dh tepampang merata2. Kat kedai mamak pun kdg2 ada pic ni. Hehehe... anyway aku post kan juge pic ni sbb misterinya bertambah lagi apabila pokok ini dilawati oleh saudara2 muslimin kita. Setelah diamati secara teliti oleh mereka secara live mereka dapati ianya amat menyerupai seorang manusia yg sdg rukuk. Kalau kt cni sure org kata kena sumpah dgn sang kelembai.. hehehe.. tp misterinya pokok tu tak habis kt ctu.. apabila diambil bacaan degree kompas hala rukuk pokok tu.. jeng jeng jeng.. ianya tepat menghala ke arah kiblat. Subhanallah.. tp yg nyata dlm al Quran dan al hadith dh byk kali dikatakan bahawa tumbuh2an itu makhluk Allah yg sentiasa berzikir dan berdoa. so x payah le kita taksub sgt.. segalanya berlaku atas kehendak dan keizinanNya jua. Wallahualam..

Thursday, October 15, 2009

MISTERI ALAM: Ikan Duyung




Ikan duyung.. semua org tahu. Konon nye pusat keatas manusia.. ke bwh ikan. Bukan cerita kita org melayu je.. seluruh dunia ada kisah ikan duyung ni.. tapi ni ada satu penemuan baru ikan duyung. Lebih realistik drp apa yg selama ni kita bayangkan. Buakan mcm citer p.ramli or maya karin tapi bersesuaian dgn kehidupan dia yg 100% dlm air. So dipendekan citer.. korang tengok le sendiri gambar penemuan terbaru rangka.. dipercayai ikan duyung yg sebenarnye. Bagi yg baru mkn.. hati2.. takut tekeluar balik.. bagi ibu mengandung.. dinasihatkan jgn tengok takut kenan kat anak. Tunggu dh abis pantang.. dtg masuk balik tengok.. hehehehe.

Friday, October 9, 2009

MISTERI ALAM - Batu Tergantung Masa Isra' Mikraj

Ngikut citer yg empunya gambo.. ni le gambo batu tergantung yg kiter selalu dengo citer tu. Ala kan ada citer batu tempat nabi s.a.w duduk nak ikut nabi Muhammad s.a.w masa isra' mikraj tu. tp nabi s.a.w x bagi.. so.. batu tu pun tergantung le ctu. batu tu rupanya ada di masjid umar atau omputih/israel panggil Dome of the Rock... sebelah dgn masjidil aqsa. Ada setengah pendapat kata masjid umar tu sebeno nye masjidil aqsa yg betoi.. sebelah dgn tempat ibadat yahudi.. dinding ratapan.. wallahualam.

MISTERI ALAM - Batu Bergerak


Dataran kt pic tu luas dan rata dikelilingi gunung ganang. Masa musim ujan, air turun dari gunung tu masuk ke dataran rata tu dan membentuk sebuah tasek cetek yg bersifat sementara. Bila cuaca berubah jadi panas, air tadi mengeluap dan kering jadi lapisan lumpo yang nipis.. Masa lumpo itu mengering, dia mula merekah mcm kt sawah kita tu dan pecah2 jd cm mozek. Dan di tempat ni la misteri ni terjadi. Batu-batu yang terpecah dari tebing gunung bergerak dengan sendirinya berjalan melintasi permukaan danau dataran yang kering. Batu-batu tu meninggalkan jejak yang nampak dgn jelas diatas permukaan tanah, satu-satunya bukti yang menunjukkan bahwa ianya benar-benar bergerak. Misteri ni sebenonye dh diketahui lebih dari 100 tahun dulu oleh penjelajah dan peneroka emas. Tp penelitian yang lebih serius baru dibuat pd tahun 1948 kata deme dari sumber yg aku ambik ni. Sampai hari ini, fenomena ini masih belum dapat dijelaskan dengan memuaskan. Aku tringat cerita batu tergantung kt mekah. Maha Suci Allah Yg Maha Berkuasa Dan Maha Mengatur Segala Sesuatu.

MISTERI ALAM - Pari Pari Ke Ni..?

Ni haa.. konon2 nyer.. 'rangka' or 'mayat' pari-pari.. hehehe.. mcm citer peter pan le plak. Tapi aku tengok sayap dia cam daun getah yang dh di 'press' je.. ahaks.. ntah le. Yg penting.. diorang ni wat nampak cm real.. saje je untuk tatapan. Manusia adalah sebaik2 kejadian.