Sunday, September 27, 2009

Geng PTT di Kenduri Kawin Along K











Ni haa geng PTT 5* karaoke yg sempat turun ke Batu gajah meraikan perkahwinan Along K. Tuan rumah chanel si Kitket, Bunga, Upen, Chejai, Ajoi, ABY125, Uncle Min, Budak Baik. hari yg sama si setiaJaya pun kahwin gak di hari yg sama. Diorang siap buat onar live lagi masa kt majlis tu. Hehehee... tp frust gak sbb geng PTT kuale sorang pun xde.. si M16 dh lepas ke Cameron.. si sunto dh cirit birit katanye.. si komando langsung x dpt contact.. Dr Awie ckp je nk dtg tp hampehh.. ahaks..

BABY PUN NAK ENTERFRAME
















Ni haa.. gelagat baby aku masa raya.. tengah nunggu sedara mara balik beraya. Dia lepak je tepi pintu dkt tangga. tu le rupa agaknya bonda nunggu anak dia balik beraya. pic ni kat teratak bonda di kuala sepetang. korang dh penah dtg ke?.. top dgn jalan ketapi pertama di msia. tp sekarang dh takder.. sekarang top dengan mee udang je.. hehehe.. lagi satu telupa lak.. top dgn Pengurusan Hutan Paya laut terbaik di dunia.. cewahh..

KAWIN DI HARI RAYA dan perjumpaan geng PTT




Raya ke 6 anak buah kat tempat keje lak kawin. hasmel.. atau along K. kebetulan diapun member PTT (Push To Talk) so kitorang pun plan buat perjumpaan geng PTT 5*karaoke. Masa snap pic ramai2 dgn pengantin.. duduk sebelah kiri aku (kanan korang) Budak Halus, duduk kanan aku.. yg botak tu Upen Lojo, Uncle Min, kat belakang kiri Bunga dgn suami dia baju hitam tu KitKet (tuan chanel 5*Karaoke) belakang diorang CheJai, bediri sebelah kanan lak yg pakai topi tu Ajoi.. yg pakai ketayap ABY125. Nama aku dlm chanel LonLenjer.. hehehe..

RAYA KE3 BANJIR




Lps raya di kuale kanso.. balik lagi sekali ke kuale.. kalini kuale sepetang lak. Nak jd cerita.. bangun je pagi sedo sedo air dh naik sampai body keta.. kelam kabut le kejap ubah parking. kt cni mmg slalu ujan. Kawasan Taiping le katakan.. apa lg sempat le anak dara aku main banjir jap. nak marah pun takleh sebab aku dulu pun cam tu gak.. hehehe.. ala.. bukan selalu dpt main banjir di hari raya. Anak sulung aku.. hero.. kontrol macho.. lepak atas rumah je.. usha kot tingkap.

RAYA KE2 DI KUALA KANGSAR




Mmm.. raya ke2 kami balik ke KK. Ni ade pic sempat snap ramai2. Mak.. abah.. opah pun ade. Pastu pegi beraya rumah su.. snap lagi. kalini aku suke nengok gelagat anak2 buah aku.. si kaklong kakngah and si ika.. hikhikhik.. posing maut tu.. dah beso rope nye korang yerk..

RAYA DI KAMPUNG.. PORT WELD











Ni haa.. teratak bonda.. kat cni le kami skeluarga beraya di hari pertama. saje je posing kt tingkap yg bonda selalu lepak nunggu anak balik.. hehehe.. konon2 nye nk snap pic bebayang.. cewahh.. maklum le amator.. so jadi le ropa ini. Raya kt luala sepetang ni meriah.. meriah dgn bunyi mercun.. ahaks.. sbb tepi laut kot.. senang smugle mercun.. hehehe.. aku pun numpang dua belah kaki gak.. layan anak. tp aku main bunga api je.. xpe kot.. Kjaan msia ni satu hal gak.. haramkan bunga api tp kt dlm iklan or program raya sure tunjuk bebudak main bunga api.. kompius akuu.. lagu raya pun kata .."damdamdum bunyi mercun.. meriahlah hari raya ini tahun.." mmm.. ape pon tak boleh lah..









SELAMAT HARI RAYA






Aku pun nak ambik kesempatan ucap samat hariraya juge. Mohon ampun dan maap kalau selama ni ade buat silap.. buat salah.. buat x betoi.. sama2 le kita bermaafan yek.. Menjelang syawal ni.. kami sekeluarga beraya sakan juge.. kejap kat taiping kejap kat kuale kanso kejap kat ipoh.. biase le raye.. layan anak2 yg dh makin beso.. tak lupe layan mak abah yg makin berumo. Banyak juge abis duit raya.. tp.. ala.. setahun sekali.. alhamdulillah.. kami sekeluarga bahagia. Semoga kebahagiaan kekal selamanya dan dirahmati allah yg maha esa.

Wednesday, September 9, 2009

Hutan Paya Laut Matang





ermmm.. ni haa panorama di Hutan Paya Laut Matang. Jgn x tahu kita dh diiktiraf sebagai Pengurusan Hutan Paya Laut terbaik di dunia. Tapi biaser le.. yg baik ni selalunyer org x nampak.. ahaks.. apatah lagi yg terbaik.. cewahh. Alhamdulillah... ader juge panorama kawasan dapor arang kt ctu. Enjoy it..!!

Pulau Kalumpang Petak Arkeologi




Ni sikit info tentang Hutan Paya Laut Matang. Kat cni ade 1 petak arkeologi yg berjaya menemukan banyak tinggalan tamadun manusia silam. Semua tu kat Pulau Kalumpang. Ni ade sikit gambo masa kat sana.

Tuesday, September 8, 2009

Pembakaran Hutan Utk Perladangan


Ni ha satu lg kes bakar hutan untuk perladangan. Kat malaysia masih lagi terkawal dari aktiviti camni. kes ni berlaku di amazon. Aku petik dari blog greenpeacesoutheastasia.wordpress.com. Ni petikan dari pengarangnye. Sekadar untuk renungan.... " Deforestation contributes to global warming. A rising Earth temperature kills trees and damages forests. Dying trees release more carbon. Atmospheric carbon increases planet temperatures."

Semoga malaysia dapat mengekalkan pengurusan hutan yang lestari utk bumi ini. Cewah.. Ermm patut le para malaikat konpius ngape Allah swt nk jadikan manusia sebagai khalifah bumi sedangkan manusia hanya akan merosakannya. Anyway.. Allah swt Maha Mengetahui...

Friday, September 4, 2009

TASEK BANDING HULU PERAK





Ni lak koleksi gambo kt tasek Banding. Unik dan menarik. Moh le dtg jenguk. Cuti cuti Malaysia. Leh layan jungle tracking.. ngail.. camping..

ROYAL BELUM


Ni lagi koleksi gambo-gambo hutan di Hutan Taman Negeri Belum. Terima kasih kt Hj. Saha yg rajin snap gambo area Belum tuu. Pasni nk minta dia dloadkan gambo dia dgn koleksi ikan kelah lak.

Hulubalang DiRaja



Ni yg bes nii.. dpt peluang begambo sesama dengan Tuanku.. bangga juge aku sebagai melayu Malaysia. Nak tunggu dpt pingat ntah bile.. jadi le dpt snap ramai-ramai.. hehehe

Tasek Banding Hutan Taman Negeri Royal Belum




Ni gambar pandangan dari udara Tasek Banding. Tu Hutan Taman Negeri Royal Belum di Hulu Perak. Pada yg suka keindahan hutan.. sini cukup menarik utk dilawati. Sape yg kaki pancing.. cni banyak tengas n kelah.

Koir Perasmian Pejabat PPN.Perak



Sajer nak enterframe lagi.. yang penting bukan gambar aku yang kelabu asap tuu.. tapi tetamu kt belakang tu... cewahh..!! yg nampak kat belakang tu... MB Perak dan Speaker DUN. Tapi Sultan tak nampak le pulak.. Kami punyer koir diiringi oleh Bband TLDM

Koir Perasmian Pejabat




Ni pic aku masa conduct koir. Aku ni x le pro tapi dah xder org lain nak kadap.. aku enterframe le.. hehehe.. Ni masa perasmian pejabat oleh DYMM Sultan Perak. Team kitorang name "Bayu Rimba" di bwh bimbingan cikgu Razak SUK. "Mekasih cikgu.." Kitorang pnh perfom dpn PM PakLah kt sg petani tp yg plg grand masa final musabaqah kebangsaan 2009 di UTP..

Wednesday, September 2, 2009

Rahsia Hidung


Hati-hati!! kerana jika ada orang yang suka memandang hidung anda,itu bermaksud dia sedang mentafsirkan personaliti anda.!!


1. Hidung Panjang-personaliti yg kukuh dan berpotensi mempengaruhi org lain, bercita-cita tinggi, sensitif, suka membantu, murah hati, bijak menonjolkan diri dan mudah berjaya dlm perniagaan dan seni.


2. Hidung Kecil-daya imaginasi yg tinggi dan berbakat dlm bidang seni, suka mengejar sesuatu yg baru dlm kehidupan, peramah, amat mudah menyesuaikan diri, sukar diramal, bersikap kebudak-budakan, tidak tetap pendirian, mudah dipengaruhi oleh org lain dan bersikap terburu-buru dlm membuat keputusan.


3. Hidung Tajam-MATERIALISTIK!! Tapi gemar mengumpul harta dan mencari wang BUKAN nya menumpang kekayaan org.


4. Hidung Paruh Burung-Pendirian yg teguh dan tidak mudah dipengaruhi oleh org lain, cukup tegas, tidak terburu-buru, berfikir sebelum bertindak, kreatif, imaginatif, bijak tetapi sukar mencari cinta sejati dlm kehidupan.


5. Hidung Lurus-Seorang yang setia dan adil dlm segala perkara, sanggup berkorban demi org lain, tidak mementingkan diri, mencari pasangan hidup yg sama seperti diri nya.


6.Hidung Kembang- Aktif dan cekap dalam melakukan apa jua, artistik, kreatif, senang menghulurkan bantuan,senang berasa kasihan dan tidak suka mengecewakan org.


7. Hidung Runcing-Lemah lembut dan amat berdiplomasi, licik, mementingkan diri sendiri, mudah terpengaruh dengan kata-kata org, mood susah diramalkan.8. Hidung Pesek-Kuat berahsia, kurang keyakinan diri sedangkan mereka boleh, sangat peramah dan mesra dan membuatkan org berasa tenang disisi nya.

Petua Tok Nenek


Hilangkan bulu ketiak
Tumbuk lumat 15 biji jintan putih bersama lima butir kapur barus. Campurkan sedikit minyak tanah lalu disapukan pada bahagian ketiak. Lakukan beberapa kali. Insya-Allah, bulu ketiak akan hilang selepas mengulanginya beberapa kali.


Kulit cantik dan putih
Inginkan kulit cantik dan putih? Anda boleh lakukan sendiri di rumah tanpa perlu ke salun kecantikan. Caranya sangat mudah iaitu dengan hanya mengisarkan 1 cawan kelopak bunga mawar, 1 cawan kelopak bunga melur, 1/2 cawan oatmeal, 1 cawan susu putih, dan 1/2 cawan badam sehingga halus. Campurkan bahan yang telah dikisar ke dalam air mandian dan mandi seperti biasa. Seterusnya bersihkan tubuh anda dengan menggunakan air suam.

Petua Tok Nenek 3


Rambut selembut sutera
Untuk memperolehi rambut selembut sutera serta mudah disisir, amalkan cara ini. Sekiranya anda bercadang membasuh rambut pada keesokan hari, lurutkan rambut dengan minyak bijan sebelum tidur. Keesokan harinya syampu rambut dan bilas sehingga bersih. Lap rambut anda sehingga kering lalu dirapikan dengan menggunakan minyak bayi atau minyak zaitun. Jika anda berambut lurus, anda boleh menyikat terus rambut anda sebaliknya bagi anda yang berambut kerinting biarkan seketika barulah disikat agar rambut tidak terputus dan bercabang.

Petua Tok Nenek 2


Melembabkan wajah
Sepotong tembikai yang masak dan sejuk diperah untuk mendapatkan jusnya. Tapis dan simpan jus tembikai di dalam bekas. Pupuk perlahan-lahan hampas tembikai ke seluruh wajah dan leher. Biarkan sehingga kering lalu percikkan sedikit air sejuk. Petua ini dipercayai dapa melambatkan proses penuaan dan menjadikan kulit awet muda.
Nenas putihkan kulit
Ambil bahagian dalam nenas yang keras (palu) lalu digosokkan pada kulit badan. Bilas tubuh sebersih-bersihnya. Amalkan setiap pagi dan petang. Insya-Allah, kulit akan menjadi putih dan berseri.

Petua Tok Nenek



Kurangkan peluh di wajah.
Basuh wajah hingga bersih kemudian lap hingga kering. Seterusnya ambil ketulan ais dan lumurkan ke wajah anda hingga beberapa minit. Tunggu sehingga kering dan kenakan solekan pada wajah seperti biasa. Peluh di wajah akan berkurangan dan wajah anda kelihatan bersih berseri-seri.
Buah pinang atasi kegemukan
Masalah gemuk dan badan berlemak memang merunsingkan. Ada cara untuk mengatasinya. Buah pinang mudaƂ yang lembut dibelah dua lalu dicuci sebersih-bersihnya. Masak air dalam belanga. Rebus pinang muda hingga mendidih. Biarkan air rebusan pinang muda sejuk sebelum meminum airnya. Kesannya anda rasa lebih mudah membuang air besar dan semua lemak di dalam perut akan keluar melaluinya.