Tuesday, January 26, 2010

bowling interfamily 2010

Hmmm.. kami sekeluarga dh bersiap sedia nak hadapi pertandingan bowling antara keluarga tahun 2010 ni. Last year juara dh jatuh ke tangan diorang... takpe.. this year time to payback.. cewahh.. walaupun anak2 masih underage.. under 12.. tp semangat diorang tu dh makin hebat. Last training haritu along dapat highest 96.. angah 62. Jadi le.. hehehe.. lama2 banyak le.. aku pun nak kena pertahankan high game yg aku menang last year. so kena la rajin turun training sbb denga citer family Mr Z dh start training.
Hari training ni 'syg abg' x dpt join sbb jaga baby dan mak kt rumah. Tapi xpe.. sebenarnye tu strategi kite.. 'syg abg' akan jadi senjata rahsia nnt bila game. Kiter akan buat upset.. cewahh.





Thursday, January 21, 2010

Gotong Royong Laman Rumah

Last week aku layan family membersih laman rumah ramai2. Memang aku minat sgt luang waktu .. masa berkualiti dgn diorang. Maklum le aku ni selalu sgt tinggalkan diorang sbb byk outstation.. masuk hutan. Kali ni kami cuma bersihkan kawasan je. Esok aku cadang nak ajak anak2 aku layan buat kebun lak. Tingin lak nak tanam sayo, tanam cabai, tomato, kacang buncih, kacang botoi.. cewahh.. semua nak ditanam. Tapi aku tingin sgt nak tanam anggor dan apple. Walaupun rasa munkin masam.. tp kalau tanam kt depan laman.. cantik woo.. hehehe.. baru berangan je.. Nanti kalau kebun aku dh menjadi.. aku share le kongsi gambo kt cni.. kalau nk benih pun bole.. aku bagi..

Last Game 4 me

Mmmm.. dh minat aku ke situ.. nk wat cm mane. Ujung tahun lps.. last le aku main bola dlm liga kt KK ni. Alang2 dh pencen main utk jabatan rasa nye tahun ni gantung boot terus kot. Dah x larat. Tapi ntah le.. banyak lak team ajak join diorg. Main friendly game bole le kot.. so ni saje le abadikan kenangan last main bola. Kalau nk share semua gambo bab bola.. jenuh le nk upload.. so share gambo last main je la.

Camping Dalam Hutan

Last week aku masuk hutan Bintang Hijau.. mmg dh kejer masuk hutan so kena la camping kt dlm. Nak juge share gambo kenangan camping kt sana. Tak ade ape citer sgt coz smuanye hal kejer. Kita share gambo je la. Kami wat camp guna plastik je.. tido alas buluh cincang.. lapik dgn toto..ade yg guna stracher.
Gambar kt bawah ni.. ni la tukang masak kami. Sedap ke tak sedap ke.. hayun je. Kat dlm hutan ni.. masak ape pon sedap. Hari mula je ade menu istimewa mcm tomyam campor.. ayam masak kicap.. tapi bila dh masuk hari ke 3.. hehehe.. menu utama sardin, ikan masin, mee segera... hehehe..


Kat cni mmg sejuk.. nak mandi pun kena menung 10 minit dulu.. punye sejuk sampai minyak masak yg kami bawa terus beku di hari pertama. Malam lak kalau hujan.. adusss.. memang x tido atas toto.. sbb semua dh masuk bawah toto.. kalau atap bocor.. langsung x tido..

Thursday, January 14, 2010

ANAK ANAKKU.. IMAM MAHDI MAKIN HAMPIR

Anak anakku, dalam sebuah hadis, Nabi Muhammad SAW menyatakan terdapat dua fenomena menjelang diutusnya Imam Mahdi ke dunia. Pertama, gejala sosial berupa perselisihan antara manusia dan kedua, bencana alam berupa gempa bumi yang berlaku silih berganti.

“Aku khabarkan berita gembira mengenai Al-Mahdi yang diutus Allah ke tengah umatku ketika banyak terjadi perselisihan antara manusia dan gempa-gempa. Maka ia akan memenuhi bumi dengan keadilan dan kejujuran sebagaimana sebelumnya dipenuhi dengan kezaliman.” (HR Ahmad)

Maka,anak anakku, perlu kita sedari bahawa dunia benar-benar telah mencapai usia senja. Dan jangan lupa, sebahagian ulama mengatakan bahawa tanda besar pertama, yaitu keluarnya Dajjal, tidak akan terjadi sebelum munculnya tanda penghubung antara tanda-tanda kecil dengan tanda-tanda besar Kiamat. Tanda penghubung itu ialah diutusnya seorang lelaki dari keturunan Nabi Muhammad SAW yang akan memenuhi dunia dengan keadilan dan kejujuran setelah dunia diliputi dengan kezaliman dan penganiyaan. Lelaki itulah yang dikenal sebagai Imam Mahdi.

Sabda Rasulullah SAW: “Andaikan dunia tinggal sehari, sungguh Allah akan panjangkan hari tersebut sehingga diutus padanya seorang lelaki dari ahli baitku namanya serupa namaku dan nama ayahnya serupa nama ayahku. Ia akan penuhi bumi dengan kejujuran dan keadilan sebagaimana sebelumnya dipenuhi dengan kezaliman dan penganiayaan.” (HR Abu Dawud)

Hadis di awal tulisan inilah yang cukup jelas memberikan petunjuk bahawa kehadirannya sudah hampir:
Sehingga diberitakan bahawa sepanjang bulan Oktober 2009 di Indonesia saja telah terjadi sebanyak 54 gempa...!! Bagi yang tertarik akan hal ini silakan layari www.USGS.com. Website ini melaporkan setiap gempa yang terjadi di berbagai titik di seluruh dunia lengkap dengan info skala richter-nya. Anda akan terkejut mendapati fakta bahawa sekitar lima hingga sepuluh tahun kebelakangan ini frekuensi gempa meningkat secara mendadak..!!

Maka, anak anakku, marilah kita siapkan diri dan keluarga kita menyambut kehadiran Al-Mahdi.
Sabda Rasulullah SAW: “Ketika kalian melihatnya (kehadiran Imam Mahdi), maka berbai’at-lah dengannya walaupun harus merangkak-rangkak di atas salji kerana sesungguhnya dia adalah Khalifatullah Al-Mahdi.” (HR Abu Dawud)
Anak anakku, berdasarkan hadis di atas, kita umat Islam diperintahkan untuk bersegera bergabung ke dalam barisan Al-Mahdi ketika ia telah hadir. Lalu ungkapan walaupun harus merangkak-rangkak di atas salji mengisyaratkan bahawa hal itu tidak mudah untuk dilaksanakan.

“Maka tidaklah yang mereka tunggu-tunggu melainkan hari kiamat (iaitu) kedatangannya kepada mereka dengan tiba-tiba, kerana sesungguhnya telah datang tanda-tandanya. Maka apakah faedahnya bagi mereka kesedaran mereka itu apabila hari kiamat sudah datang?” (QS Muhammad: 18)

Tuesday, January 5, 2010

Untuk Anak Lelaki Ku

Takde ape2.. saje je kasi klip ni kat anak2 lelaki aku.. diorang ni minat sesangat kat ronaldo.. memang power skill dia ni. so saje le aku dload klip ni khas utk anak2 lelaki ku. Enjoy it.


Monday, January 4, 2010

CUTI KE PENANG


Cuti sekolah haritu.. aku ambik peluang yg hampir2 telepas nak bawa family pegi jalan jalan. Terlampau sibuk keje.. sedar2 cuti sekolah dh nak habis. So 31 Dis aritu pegi la juge kami ke Penang walaupun time tu org sibuk nk sambut tahun baru. Pegi ikut jambatan balik dgn feri. Saje nak bagi anak2 merasa. Tido hotel Sri Sayang.. not bad.. tingkat 18 tp tilam keras cm papan. Mula la tringat tilam kabu kt rumah.. hehehe. Anak2 minta nak pegi naik bukit bendera.. x sempat nak bawa sbb masa padat sgt. Malam tu keluar le juge nengok2 org sambut tahun baru kat padang kota. Lain mcm juge org Penang sambut new year.. siap ada menari ramai2.. nak pecahkan rekod dunia katanye.. mmmm.. pecah jgn x pecah.. Aku balik awal sikit.. last sekali kami sambut tahun baru detik 12 mlm kt petronas je.. hehehe.. jadi le.. sambil isi minyak tengok bunga api. Ni haa ade sikit gambo kenangan masa kt sana.