Wednesday, July 6, 2011

Perkhemahan Keluarga









Dah lama tak bikin citer dlm blog ni. Last week aku layan wat perkhemahan keluarga. Tapi kt belakang umah jek.. hehehe.. Jadi laa.. janji bole have fun dgn deme. Overall syok juge.. layan pasang khemah.. masak kt luo.. wat unggun api.. tido dlm khemah.. esok layan piegi bekelah mandi sungei.. tangkap ikan.. pehhhh... habis hati anak2 aku.
Lagipun si along dh masuk asrama.. so sekali2 dia balik.. syok gak layan outdoor ni. Diorang tido 2 malam je.. tapi khemah tu aku bio situ sampai seminggu.. hehehe.. Yang lain tido dlm rumah.. along ngan angah je tido lam khemah. Malam tu tido lambat.. esok pagi ape lagi.. matahari dh tepacak baru abg2 tu bangun. si adik pon bukan main lagi berani nye.. merajuk2 nak tido dlm khemah.. nak bako ikan.. sib baik takder ape yang tak elok berlaku... alhamdulillah..
Tenkiu untuk family aku yang bahagia.

Friday, January 21, 2011

Kita telah diamanahkan untuk menjadi khalifah di bumi yang indah ini. Di negara ini kitalah yang paling rapat dengan sumber alam. Renunglah alam dan ambil iktibar darinya. Banyak pedoman, pengajaran dan iktibar boleh dicungkil.
Sambil bertugas meredah hutan menyusur sungai.. renunglah aliran air sungai itu yang sentiasa mengalir ke depan tanpa mampu berpatah kembali. Demikianlah masa kita... yang sentiasa berlalu tanpa mampu kita tahan apatah lagi berpatah balik. Maka ambillah iktibar untuk tidak mensia-siakan masa yang ada kerana ianya takkan tunduk menunggu kita.
Renungkanlah juga lebah-lebah yang hinggap di pepohonan... di bunga yang cantik, di pucuk yang segar, di putik yang ranum lalu menyebarkan debunga ke pepohonan lain sambil membawa madu pulang ke rumah. Ambillah iktibar untuk singgah di tempat yang baik-baik lalu menyebarkan semua kebaikan itu ke tempat lain pula dan hasil serta kemanisannya kita bawa pulang untuk keluarga kita.
Renungkan juga beluncas yang menimbulkan geli pada sesetengah orang, sering ditindas dan lemah tapi akhirnya mampu berubah sepenuhnya jauh dari keadaan asal... menjadi rerama yang amat cantik dan mampu terbang ke sana sini. Ambillah iktibar bahawa hanya kita yang mampu merubah diri kita. Jangan terlalu lemah mengenang kekurangan diri sehingga menganggap mustahil untuk mencapai kejayaan hebat di luar jangkauan pemikiran.
Renungkan pula cicak yang merayap di dahan pokok. Menangkap dan makan serangga yang berterbangan... sedangkan dia sendiri tidak mampu terbang, hanya mengharapkan kaki dan lidahnya saja. di sinilah kehebatannya sang cicak... tidak memperdulikan kekurangan diri tetapi menggunakan segala kelebihan yang ada dengan sebaiknya. Iktibarnya, berilah tumpuan pada kekuatan, kelebihan atau kemahiran yang kita miliki dan jangan jadikan kelemahan dan kekurangan kita sebagai penghalang mencapai sesuatu yang kita hajati.
Dongaklah seketika ke atas pepohonan itu.. renunglah buah-buahan yang ada. Meranti yang tinggi ada kepaknya, durian yang lazat ada durinya, langsat yang lembut ada getahnya. Semua itu adalah perisai diri. Maka begitu juga kita... perlu ada jatidiri dan kekuatan dalam menghadapi apa jua ujian dalam menempuh hidup.
Renungkan pula ikan di laut. Betapa hebatnya ikan menghadapi ujian dengan dipenuhi dan dikelilingi oleh air yang sangat masin namun dagingnya tetap manis, tawar tanpa rasa masin. Demikianlah iktibarnya untuk kita mengekalkan identiti diri, jatidiri, iman dan taqwa walau dimana sekalipun kita berada. Jangan disalahkan persekitaran, jangan mencari alasan dan jangan hanya menuding jari manyalahkan orang lain.
Akhir sekali pejamkanlah mata seketika sambil bayangkan itulah pemandangan terakhir dari mata kita. Maka bersyukurlah dengan segala nikmat yang ada, redha dengan segala ketentuan yang diberi, terus berusaha dan tawakal.